Tuesday, September 7, 2010

Program Minggu Anti Dadah

Murd-murid dan guru melihat bahan pameran anti dadah
Pada 3hb mei 2010 telah diadakan program minggu anti dadah peringkat sekolah di sekolah kebangsaan batu 14, tapah. program ini telah berlangsung dengan jayanya di dewan sekolah SK Batu 14. Antara aktiviti yang di jalankan adalah seperti Program 5 minit anti dadah. program ini di jalankan pada awal waktu guru masuk ke dalam kelas.Guru akan membaca dan menerangkan perkara mengenai dadah (mengikut kepada tajuk yang telah disediakan). Bagi murid tahap 1 iaitu darjah 1,2 dan 3 telah diadakan pertandingan mewarna. Selain itu, pertandingan melukis poster dan mendeklamasikan sajak turut di anjurkan bagi murid tahap 2. Acara terakhir adalah ceramah mengenai Anti Dadah yang telah di sampaikan oleh En. Redzuan bin Zulkifli dari unit AADK Daerah Batang Padang. Ceramah ini telah diakhiri dengan beberapa soalan kuiz bag menilai kefahaman murid mengenai dadah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Nor Azian bt jaafar (guru besar sk batu 14), semua guru-guru sk batu 14, pegawai dan staff AADK Daerah Batang Padang dan murid-murid sk batu 14 kerana melibatkan diri dan memberi kerjasama bagi menjayakan program minggu anti dadah. Semoga program ini memberi ikhtibar dan kesedaran kepada kita untuk menjauhkan diri dari najis dadah..

2 comments:

  1. Rakaman Video Sambutan Hari Guru 2006 SKBT 14 telah di upload di you tube. Taip Lurhays72 pada google search dan pilih Video Hari Guru SKBT14 2006. 7 Video sambutan hari guru skbt14 2006 telah di upload oleh Lurhays72. Sekian. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Sembang2