SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Batu 14 telah siap dibina oleh penduduk tempatan (Orang Asli) pada awal tahun 50an. Pada permulaannya hanya merupakan bangunan daripada buluh dan beratap bertam serta berlantai tanah. Pentadbiran dan tenaga pengajar pada masa itu diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pada masa itu sekolah ini adalah di bawah cawangan Sekolah Kebangsaan Batu 7.
Mulai Januari 1985, sekolah ini telah dipisahkan daripada sekolah induknya kesan daripada pelbagai perubahan semasa seperti kemudahan infrastruktur, pembinaan jalan raya dan pertambahan bilangan murid. Pada masa itu hanya ada satu blok bangunan yang terdiri daripada 2 bilik darjah yang kemudiannya telah diubahsuai kepada 6 buah bilik darjah. Sebuah stor dijadikan bilik pejabat dan bilik guru. Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Ariffin Bin Mohd Yusof. Bilangan murid adalah 86 orang serta 5 orang tenaga pengajar. Kini, Guru Besar Sk Batu 14 di jawat oleh Puan Nor Azian Bt Jaafar PJK..

Maklumat AM Sekolah

    * Gred Sekolah : A
    * Kod Sekolah : ABA0034
    * Lokosi : 25km dari pekan Tapah Berhampiran Lata Iskandar
    * Bil. Murid : 392 orang
    * Bil. Guru (Berhak) : 27 orang
    * Bil. Guru (Ada) : 27 orang
    * Bil. Staf Sokongan : 10 orang
    * Bil. Pekerja Swasta : 13 orang

Sembang2